Game racing zaman dinosaur vs NFS Carbon
Written by Mohd Izuardi Ibrahim   
Thursday, 07 December 2006

 Harini masa aku godek cari CD movie yang lama-lama, tetiba aku terjumpa sebuah CD Games lama, iaitu Viper Racing keluaran Sierra.

Perghh...teringat zaman masa mula-mula adik aku beli PC Game ni, time tu sekitar tahun 1998 (aku form 2) tak salah aku. Satu-satunya komputer aku masa tu tak mempunyai graphics card, and happens pulak ni among the 1st game yang kerek nak kena ada graphics card baru nak jalan. Time tu zaman kegemilangan graphics card cap 3D Voodoo

 FX. Time tu pulak happens aku tak mampu memiliki graphics card tu sebab harga dia sebijik RM300 (zaman tu RM300 dah banyak, aku pulak budak sekolah yang 'miskin'...zaman skang aku dapat tahu budak form 2 dah beli graphics card RM1300 sebuah).

 


So adik aku dan aku menggunakan kreativiti kami sedaya yang mungkin so that Viper Racing tu dapat berjalan di chipset Sis5590 aku dengan software render Direct 3D. Kelakar pula bila fikir memacam tools/software kami guna (beli actually, resource di internet time tu tak sehebat zaman sekarang) so that game tu boleh jalan. Siap tweak sana, tweak registry, tweak flat file (game pakai flat-file...hokhok...) dan  akhirnya......

Sierra Viper Racing.... setiap kali lalu di kedai komputer or shopping mall, mesti terliur tengok kedai display kad 3D Voodoo FX..since kena ada gak kad tu...baru leh main!!! Tapi nak beli takde duit, nak minta kat mak plak dah tau dah jawapan dia ..gerenti ... " Tak boleh! Takdak faedah main game!!!" Tweak kami plak tak menjadi!! So selama beberapa tahun aku kempunan nak main game viper racing sampailah aku sendiri dah lupa pasal game tu....

 ... dan kini... segalanya telah berubah!!  Dengan keupayaan rig chipset Intel 865PE dan dikuasakan oleh graphics card ATI Radeon 9200 'zaman batu'...rasanya takde masalah nak mainkan game zaman dinosaur ni di rig aku.

 

So aku decided utk cuba game viper racing ni, sempena mengubati kemarukan aku zaman kanak-kanak dulu. Aku terpaksa install game ni guna image copy, since cd dah calar balar.

Pendek cite, akhirnya aku berjaya install game ni, berada di satu direktori khas untuk game genre racing. Di dalam directori tu ada beberapa direktori game racing  lain yang telah lama diuninstall kecuali Need For Speed: Carbon (yang aku lagi sikit nak habis main).

Baru nak start main, rupanya kekerekan nya masih ada!! Dia nak ada CD games baru nak jalan (not to mention dia restart PC aku sebaik habis install tanpa bagi salam)! So aku terpaksa la burn lagi image dia ke dalam CDspace sebelum dapat main.

Pergh...kelakanya bentuk kereta dia...berkotak-kotak!! Agaknya teknologi kotak ni la kot yang memerlukan graphics card untuk dirender dulu...haha... FiFa 2000 aku main dulu takde graphics card pun kualiti grafik jauh lagi hebat dari Viper Racing ni.

Game play memang hampeh, tapi susah jugak nak main. Aku tak uninstall right away, but then ada Sierra Update keep bugging me.. so aku tension trus uninstall. Sekali lagi dia uninstall dan terus restart windows tanpa bagi salam.

Bila aku log in Windows balik... terkejutnya aku apabila melihat ikon Need For Speed: Carbon aku jadi cam broken link. Terkejut dengan apa yang berlaku, aku cuba run NFS carbon...and as expected... shortcut tu broken.

Kaget dengan apa yang berlaku...aku pun bukak la directory game racing aku... dan apa yang aku takutkan menjadi kenyataan!

JAHANAM, dia delete sekali semua directory game lain dalam folder game racing tu!!!

 Hampeh betul la software engineer Sierra ni... !!! Dah la installer NFS carbon takde di rumah aku..aku tinggal di kolej. Takpe, aku tak mengalah!

 Aku cuba recover balik menggunakan GetDataBack, aku dapat recover sebesar 1.5GB, tetapi beberapa fail penting tetap missing (maybe sebab dah kena overwrite time dia restart tanpa bagi salam tadi)

Sumpah dah, lepas ni kalau boleh aku taknak dah software Sierra ada dalam PC aku lagi! 

Comments (1)Add Comment
mmg hampeh game ni
written by nates, June 15, 2010
old skool game..

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

busy